Wednesday 16 November 2016

Boleh Buat Maksiat Dengan Syarat . . .

          Dalam kitab al-Tazkirah Fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-akhirah oleh Imam al-Qurtubi, diceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi y hebat iaitu Ibrahim Adham.
Image result for airmata yang menagis

          Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat ?

          Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham: "Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :
          1. Jangan kamu makan rezeki Allah Taala kerana x layak orang y makan rezeki Allah Talla derhaka kepada-Nya.
          2. Jangan kamu tinggal di muka bumi Allah Taala ini kerana x layak orang y tinggal di muka buni Allah Taala ini melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
          3. Buatlah maksiat ditempat y kamu jamin sejaminya yang Allah Taala x akan melihat kamu.
          4. Sekiranya malaikat maut datang hemdak mencabut nyawamu,maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut dipersilakan untuk melakukan maksiat sepuas hati mu.
          5. Sekiranya malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka,maka katakan kepadanya bahawa kamu x akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian maka dipersilakanlah untukmu melakukan maksiat."

          Setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki tu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa x layak bagi seorang hamba Allah Taala itu untukmelakukan maksiat kepada-Nya.Akhirnya lelaki itu menemui jalan hidayah.Dia bertaubat kepada Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu dia bersegera menuntut ilmu dan beramal dengannya serta menjadi hamba Allah y soleh.

Renungkanlah kisah ini sebagai pengajaran...!!!

Friday 23 September 2016

Salah Faham Tentang Kekayaan

Antara sebab kenapa Melayu Muslim susah kaya; kita ada satu konflik besar dalam pemikiran tentang kekayaan. Orang kita ada masalah “kaya segan, miskin tak mahu”. Itu “mind block” yang menyebabkan kita rasa teragak-agak untuk kaya. Nak kaya, tapi rasa was-was antara kaya atau miskin, yang mana lebih baik? Bila cari kekayaan, kita rasa kita kejar dunia dan lupa akhirat. Tapi kalau kerja, kita nak gaji lebih besar. Kalau bonus, kita nak bonus lebih banyak.

Lagi konflik bila kita dengar cerita dari ustaz-ustaz katanya, Rasulullah s.a.w itu miskin, hingga Rasulullah s.a.w terpaksa ikut perut dengan batu kerana lapar. Bukan setakat Rasulullah, para sahabat pun turut sama miskin bila kita dengar cerita Saidina Umar pun turut sama ikat perut mengadu lapar kepada Rasulullah s.a.w. 

Salah Faham Tentang Kekayaan

Lama juga saya mengkaji tentang konflik ni. Saya cari buku-buku tentang Rasulullah s.a.w. berniaga waktu mudanya. Dari pembacaan, saya rasa ada yang tak kena dengan kefahaman masyarakat kita tentang kekayaan maka saya boleh buat kesimpulan, kefahaman kita terhadap Rasulullah s.a.w dan para sahabat tentang kekayaan adalah salah. Baginda bukan sebagaimana yang kita fikir. Agama tak pernah suruh kita jadi miskin. Kemiskinan bukan sesuatu yang digalakkan oleh agama, bahkan agama menggalakkan kita jadi kaya!

Rasulullah s.a.w Seorang Jutawan

Baginda telahpun capai status “financialy free” (bebas kewangan). Maksudnya, kekayaan baginda cukup untuk hidup sepanjang hayat tanpa perlu bekerja lagi.

Rasulullah Berniaga Diusia Muda

Rasulullah memulakan bisnesnya sendiri pada usia 18 tahun. Dan berpartner dengan Khadijah a.s. sebagai pemodalnya yang berusia 33 tahun waktu itu. Sebelum berpartner dengan Khadijah a.s, baginda bermentor dengan pakciknya Abu Talib selama 6 tahun. Ketika umurnya 25 (gen Y), baginda telahpun menjadi seorang jutawan, iaitu hanya lepas 7 tahun berniaga dan berpartner dengan Khadijah a.s.

Baginda berdagang, bukan pengeluar. Baginda jadi pengedar, bukan mengeluarkan produk sendiri. Baginda tak ada produk sendiri, dan baginda tak ada kedai sendiri. Antara barang dagangan Baginda ialah kain dari Yaman, iaitu komoditi paling hot waktu itu.


Harta Habis Kerana Dakwah

Lepas kerasulan, baginda hidup bersederhana. Harta baginda dan isterinya dihabiskan ke jalan dakwah hinggakan Khadijah a.s diriwayatkan pernah berkata “Ambillah tulang belulangku, ambillah tulang belulangku. Aku sudah tidak ada apa lagi ya Rasulullah. Hanya yang ada tulang belulang ini. Ambillah ia setelah aku wafat. Jadikan ia jambatan untuk sahabatmu pergi berjihad”. Maksudnya, Nabi s.a.w dan isterinya yang kaya raya jadi ‘papa kedana’ kerana dakwah dan perjuangan, bukan kerana malas berusaha! Jadi kalau nak ikut Nabi, kita kena kaya dan papa kedana kerana perjuangan juga! Jangan sesekali samakan kemiskinan kita dengan Nabi. Ia jauh sama sekali dengan orang yang hidup papa kedana kerana tak ada wawasan dalam hidup! kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat yang hidup susah hanya berlaku hanya ketika awal-awal hijrah sahaja. Abdul Rahman bin Auf yang kaya raya di Mekah terpaksa papa kedana kerana agama ketika berhijrah.

Dunia Dalam Genggaman Para Sahabat

Lepas tahun ke-6 hijrah, barulah banyak hadis-hadis Nabi tentang “berhati-hati dengan dunia” sebab “kekayan dunia” mula berada dalam gengaman para sahabat. Ketika zaman susah, Nabi ingatkan tentang fadhilat faqir. Bila dah senang, Nabi ingatkan berhati-hati dengan dunia. kesilapan kita ialah kita ingatkan “berhati-hati dengan dunia” kepada orang ‘miskin’ tak ada harta! Seolah-olah seluruh hidup Nabi dan para sahabat dalam keadaan kemiskinan. Dan ini boleh melemahkan motivasi ummat Islam untuk jadi kaya.

Dan satu fakta yang kita selalu lupa, walaupun baginda hidup bersederhana selepas kerasulan, baginda dikelilingi oleh para sahabat yang kaya raya. Kalau tak, masakan 17 peperangan yang Rasulullah sertai, kosnya hanya dibiayaai oleh ‘duit’ para sahabat! Dalam sejarah manusia, kos terbesar bagi sesebuah kerajaan ialah kos peperangan! Kalau kita baca sirah Nabi s.a.w, tahun ke-9 hijrah, Abdul Rahman bin Auf menginfaqkan 1,500 ekor unta dan 500 ekor kuda untuk Perang Tabuk. Usman r.a. menginfaqkan 500 ekor unta untuk Perang Tabuk, bahkan dalam hidup Usman r.a. pernah dua (2) kali bergolok-gadai hartanya kerana agama! Itulah kekayaan bagi sahabat Baginda. Kaya Dunia, Kaya Akhirat

Kalau nak dianggarkan, kedua-dua sahabat baginda ini sahaja kita dah boleh anggarkan, mereka ialah MULTI-MILLIONNAIRE. Mereka bukan setakat kaya, ahli Syurga pulak tu! Oh, betapa jauh bezanya kita dengan para sahabat. Kita kononnya meninggalkan kekayaan atas nama agama sedangkan sahabat Nabi “menggengam dunia” kerana agama. Jadi dalam konteks membina kekayaan, pertama sekali mesti ada dalam kepala kita “kaya itu mulia”. Jadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat sebagai idola dan motivasi untuk kita jadi kaya. Dan kita kena tahu, ke mana nak dibawa kekayaan kita itu, barulah kita yakin untuk usahakan kekayaan. Bagi yang berniaga, bongkarlah rahsia usahawan Muslim tersohor di zaman Nabi, iaitu Abdul Rahman bin Auf. Beliau bukan sahaja MULTI-MILLIONNAIRE, tapi beliau juga ialah AHLI SYURGA!

Kesimpulan
Apa yang boleh saya simpulkan;
#1 – Untuk jadi kaya, mesti ada dalam kepala kita fikiran “kaya itu mulia”. Perbetulkan mindset dulu, barulah senang kita mencari kekayaan dengan bersungguh.
#2 – Carilah dunia sebanyak mungkin, tapi kita mesti tahu ke mana nak di bawa kekayaan itu. Ia tak lain tak bukan, kekayaan yang kita cari demi sempurnakan tanggungjawab yang Allah beri, bukan untuk bermewah-mewah yang bersifat sementara.
#3 – Salah satu cara memastikan dunia tak melalaikan kita ialah disiplinkan diri dengan bersedekah. Setiap harta yang Allah beri, tetapkan portionnya untuk bersedekah. Bersedekahlah dari sekarang walaupun sedikit. Jangan tunggu kaya baru nak besedekah.
Mudah-mudahan coretan ini memberi kefahaman kepada kita, “kaya itu mulia”…
Wallahu a’lam.


Monday 5 October 2015

Kebenaran Yang Aneh

Assalamualaikum semua. :') lama dah Prof tak post something dlm nie... malam nie sempena perbentangan aQidah seorang hamba Allah bernama 'S' , Prof nak cerita pasal seorang hamba Allah pada zaman Rasulullah.

haa,siapa yang tidak kenal Saiyidina Umar Al Khattab kan? beliau merupakan salah seorang yang sangat memusuhi Rasulullah pada zaman itu. namu,peralihan Umar daripada musuh Rasulullah yang paling ketat daripada pembela dan sahabat Rasulullah yang utama telah membuka satu era baru dalam sejarah Islam. hebat kan ?

Jika dahulu Umar begitu gentar menyeksa dan menyakiti pengikut-pengikut Rasulullah, kini umat musyrikin Quraish pula menggeruni beliau.Malah tiada seorang pun pembesar Quraisy yang berani menentang Umar.Mane tidaknya Umar pernah menawarkan dirinya untuk membunuh baginda Rasulullah SAW dengan pedangnya dan kehandalannya, namun atas satu peristiwa ketika mahu membunuh baginda , dengan izin Allah beliau memeluk agama Islam yakni agama yang benar dan suci.



 Pengislaman Umar al-khattab 

Kisah pengislaman Saidina Umar R.A. ini bermula apabila Islam telah mula disebarkan oleh Rasulullah S.A.W, antara yang memeluk Islam pada masa tersebut adalah Fatimah yang merupakan adik kepada Umar al-Khattab R.A serta suaminya Sa’id Bin Zaid dan pada masa itu agama Islam disebarkan secara tertutup dan rahsia. Apabila Umar al-Khattab R.A. mendengar perkhabaran mengenai pengislaman adik kandung beliau, beliau berasa amat marah dan bergegas ke rumah Fatimah untuk bertanyakan mengenai berita pengislaman yang dikahabarkan kepada beliau. Namun, hati beliau akhirnya tunduk kepada keindahan Islam apabila mendengar bacaan ayat al-Quran daripada surah Thaha yang akhirnya membuatkan hati beliau kagum dengan keindahan Islam dan meminta dibawa berjumpa Rasulullah S.A.W dan telah mengisytiharkan pengislaman beliau di hadapan Rasulullah S.A.W.

Suatu hari, Umar menuju ke kaabah dan mencabar orang musyrikin yang berhimpun di kaabah tetapi tiada sesiapa pun yang berani menentangnya.Sejak Umar menganut agama Islam, umat Islam mulai bersolat di hadapan kaabah. Umar mengishtiharkan lagi tentang pengislamannya di hadapan orang ramai.

Beliau telah diberi gelaran 'al-Faruq' oleh Rasulullah yang bermaksud pemisah hak dan batil yaknipada ketika itu telah tersebarnya Islam di kalangan masyarakat Arab dan telah berjaya menguatkan lagi semangat dan perjalanan dakwah masyarakat Islam pada ketika itu dengan kisah pengislaman beliau. Terdapat hadis yang menceritakan mengenai Rasulullah SAW pernah berdoa ; “Ya Allah kuatkan Islam ini dengan salah seorang dari dua orang yang paling engkau cintai iaitu Umar Bin al-Khattab atau Abu Jahal Bin Hisyam” – Hadis Riwayat Imam Tirmidizi.

Umar juga telah mengishtiharkan penghijrahannya dari Mekah ke Madinah. beliau berkata dengan lantang kepada musyrikin Quraisy 'sesiapa yang mencabar aku, majulah ke hadapan.aku yakin ibunya akan menangis kerana kematian anaknya.'dengan itu,tiada siapa yang berani menentang beliau.

Dengan pengislaman dan penghijrahan  Saidina Umar al-Khattab ia telah membawa satu dimensi baru bagi dunia Islam pada ketika itu yang mana dakwah tidak lagi dilakukan secara sulit lagi dan umat Islam dapat mendirikan solat secara terbuka di Masjid al-Haram tanpa perlu lagi merasa takut dan bimbang dengan ancaman kafir quraisy. Begitulah kisah seorang amirul mukminin yang telah dikurniakan Allah S.W.T cahaya petunjuk dan keimanan di dalam hati beliau yang akhirnya telah melembutkan hati beliau untuk memilih Islam sebagai pegangan hidup dan dimuliakan kerana Islam.

-tamat-
Alhamdulillah, selesai sudah cerita serba sedikit tentang Umar al-Khattab.semoga post kali ini membawa kita ke arah positif iaitu ingin memperjuangkan agama kita yang suci ini.semoga apa-apa yang dilakukan kita yang membawa ke arah kebaikan diberkati oleh Allah. insyaAllah.