Thursday, 15 March 2012

KESAN SOLAT



Cetak
E-mailPDF
Solat merupakan suatu kefardhuan yang diwajibkan ke atas umat Islam yang mukallaf. Diantara kesan-kesan melaksanakan solat seperti:

Disiplin 
Disiplin ertinya "peraturan". Orang yang solat akan sentiasa mematuhi syarat, rukun dan sunat di dlam solat. Dia akan mendahului dan mengutamakan yang wajib dari yang sunat. Dengan itu , hidupnya akan teratur (terdisiplin). Solat juga mengatur agar kita sentiasa fokus dalam hidup (kiblat dan solat).

Kepatuhan
Solat mengajar kita tentang kepatuhan kepada Allah, kepada Rasul, kepada imam. Dalam solat jemaah, ada konsep kepatuhan yang jelas. Yakni tidak boleh terlalu tertinggal (dua rukun fi'li) daripada imam.

Kepimpinan & kepengikutan
Siapa yang menjadi pemimpin, perlu prihatin dengan keadaan orang yang dipimpin. Tidak boleh memberatkan solat dengan memanjangkan bacaan (jika ada orang tua, sakit dan ibu-ibu). Teguran terhadap imam mesti bersopan dan beradab dengan bahasa yang paling baik, yakni kalimah "subhanallah". Ertinya menegur mesti dengan niat kerana Allah. Imamyang ditegur pula hendaklah segera membaiki kesalahan itu. Jika tidak, makmun boleh mufarakah.

Penyucian dan kebersihan
Untuk solat mesti membersih dari hadas kecil dan besar serta najis. Kita berwuduk dengan membasuh hujung-hujung anggota. Pakaian, tempat sujud mestilah bersih dan suci. Bila berwuduk dosa kecil diampunkan. Hati kita mesti bersih daripada selain Allah.

Penjagaan dan ketepatan masa
Sentiasa mengawasi masuknya waktu. Tidak boleh lalai, hingga terluput waktu. Ada lima waktu solat yang dengan menjaganya akan  terjagalah masa kita daripada perbuatan yang sia-sia

Kerjasama kumpulan dan perpaduan
Gerak serentak semasa menjadi makmum. Saf yang lurus, rapat antara bahu dan tumit adalah lambang perpaduan. Allah akan menyatukan orang yag benar-benr solat

Mengawal Diri

Orang yang solat sentiasa mengawal hati, pemikiran, perasaan dan anggotanya agar tidak membuat kerja selain yang menjadi rukun qauli, qalbi dan fi'li. Jika ada membuat gerakan besar tiga kali berturut, maka solatnya boleh terbatal. Jika fikiran da hatinya melayang maka ingatan, hubungan dan munajatnya dengan Allah akan terganggu. Jadi ia akan terus berusahauntk mengawal diri dalam solat dan di luar solatnya.
Renungan – Sepuluh Golongan Yang Mayatnya Tidak Reput Dan Busuk

Didalam hadis Rasulullah s.a.w pernah menyebut mengenai sepuluh golongan yang mayatnya tidak reput dan tidak busuk, mereka akan bangkit dalam keadaan tubuh yang asal diwaktu mati :



1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama’
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

“Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”

(Surah Al-Baqarah: 237) 

Wednesday, 14 March 2012

Pemakaian Cincin Mengikut Islam


“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • 1] jari manis
  • 2] jari kelingking (anak jari)



Advertise Here

dan janganlah memakai pada jari
  • 1] jari tengah
  • 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

Tuesday, 13 March 2012

Balasan Menghina Islam/Nabi Muhammad S.A.W!

Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana, membakar lelaki ini. AllahuAkbar! 

Rindu Berlabuh Lagi ...


Rindu ..
rindu pada sebuah senyuman
walau senyum itu bukan untukku ...
pada suara
yang sememangnya cuma sekali itu kedengaran,
rancak dalam perbualan

Rindu ..
walau aku sahaja yang merasakan
bagai kapal yang berlabuh di pelabuhan
tanpa mahu belayar lagi
rinduku berlabuh sarat, terbenam di dalam hati

11 Mac 2012




Lawatan ke Kenyir bersama2 teman...(bukan sokmo boh...sekali-sekala jew nie..!!!)               najmi,rasul,jafran,yasin,bakar,muhsin,ikrami,fadli,shahirul,qiwamuddin,iwan n mirul...