Friday, 18 October 2013

Cerita Bigfoot merayau-rayau disekitar kampung

Gempar..!!

"Tapak kaki apa nie..? Wonderpets kot..?" Suluh Sufian Musa.
"Ko nie bengap kew ? Gini besor punya tapak kaki cam pintu Mesra Mall, konfem tapak kaki bigfoot nie.." Balas Sengau.  "Aaa...kaki...kaki bigfoot..!!? " Sampuk Sufian Musa y terkejut lalu terbuang air besar sambil melompat kijang. Sengau pulak terkencing lalu keluar anak-anak lipas. Inkuiri penemuan itu menjadikan Kampung Babun Terlajak tiba-tiba saja gempar.

Sejak virus gossip Bigfoot berkeliaran pada waktu malam,ramai y tidak berani mengeluarkan diri dari rumah.Jangankan Maghrib selepas zohor suasana kampung menjadi sunyi.Andainya ada setengah helai bulu ketiak sesiapa jatuh ke lantai pasti sekampung dapat mendengarnya.Implikasi kemunculannya memaksa segelintir penduduk mengikat peti ais di atas pintu rumah sebagai penambahbaikan keselamatan.Khabarnya Bigfoot amat takut dengan tangkal peti ais...

Setiap hari heboh diperkatakan mengenai entiti berkenaan.Antara mereka y pernah terserempak adalah Milah Kuali. "Bini aQ tu suka sidai baju waktu malam. Masa tengah sidai,dia terdengar bunyi orang seret tapak kaki.Bila dia berpaling terus nampak hamjadah tue.. Apa lagi bini aQ terus koma 91 hari. Bila sedar terus terencat akal. Hari2 asyik nk sidai baju dalm kuali...!! Digorengnya baju buat sambal tumis..." Luah Mahmud Semput,suami ke-78 Milah Kuali.Walapun banyak spekulasi  negatif diperkatakan mengenainya tetapi ada juga y positif.Kehadiran Bigfoot menjana semula amlam rukun tetangga dan rondaan malam.

Cerita2 mengenai Bigfoot begitu traumatik bg komuniti Kampung Babun Terlajak tetapi tidak bg Cuka,seorang pemuda 3 suku separuh masa.

"Ha..Ha..Ha..!! Apalah dengan Bigfoot pun nk takut.aQ kalu aQ jumpa dia,aQ nak ajak dia main bowling kat Sunway Piramid." Pekik Cuka.  "Kau berani lah cakap pasal x jumpa.Kalu terjumpa,mau terkencing ikut mulut." Balas Pak Mustar.pemilik Warung Sup Kaki Gajah.. 
"Cuka..dah pukul 10.00 malam nie,aQ nak tutup kedai awal sikit.Malam nie turn aQ meronda,Kalu nak join meh la.." Ajak Pak Mustar.   "Boleh gak.Mana tahu kalau2 kita dapat tangkap menatang tu.seminggu makan paprik Bigfoot.." Seloroh Cuka.

Malam kian suram.Penat meronda,Pak Mustar,Cuka dan tiga orang anak buahnya berhenti di pondok bas sambil mematikan lampu suluh masing2. "Pak Mustar,aQ ade teka-teki.Antara tapak kaki Bigfoot dengan litar F1 Sepang yang mana lagi besar ?" Tanya Cuka.    "Hish..susahnya teka-teki nie...jawapannya...jawapannya...   tu..tu..tu tengok tu..." Pak Mustar menjuihkan mulutnya.Sesusuk tubuh besar melintas ke arah rumah sewa Din Sardin.

"Cepat kejar!! Kejar!! " Jerit Pak Mustar.Merka segera meluru mengejarnya.Bigfoot tersebut semakin laju terenjut-enjut berjalan dalam samar nan gelap.Cuka akhirnya berjata memaut Bigfoot itu dari belakang. "Woi..!! Apa nie main tangkap-tangkap nie.." Jerit Bigfoot itu."Kau nie orang Bigfoot kew,Orang bigshoes??" Sergah Cuka.  "Korang nie dah salah sangka.aQ nie kerje badut fubfair kat pekan. So pakailah kasut badut besar giler nie..." Jelasnya lagi.

"ooo..Kau nie lah y menyewa rumah Din Sardin nie.Lain kali,balik kerje tu tukar la kasut.Nasib baik x kena setongkol tadi.!!" Nasihat Pak Mustar lantas mengarahkan Cuka dan anak buahnya balh dari situ...

Gambaran Bigfoot

Bersyukurlah dengan Kurnian-Nya

Salam Aidiladha semua.!!   Banyak mana lembu,kambing dan y seangkatanya terkorban??Bekok habih rr keng sorang-sorang bulan nie..hahaha :P 
 
Isu kali ini saja jew aQ petik...
Kita semua sama macam gua gak,penuh dengan angan2.
 
Tapi kekadang aQ terfikir jugak....Kenapa kita x dapat semua y kita nak tu?!! Dapat kuasa kuat tahap gaban dan raksasa gorgon. Punyai kuasa psikik mengangkat kontena atau kantin sekolah dgn ohsem sekali.Tak kaya mcm Steve Jobs Mark Zuckerberg.Duit bergunug-gunung.Mempunyai jet mewah,kapal persendirian ataupun spaceship hebat sendiri?
 
Sebenarnya Tuhan dah bagi tpi kita x sedar .Kekayaan ,kekuatan bukannya terletak kegembiraan.Kita perlu merasa syukur dgn apa y kita ada sekarang nie...Dapat melihat anak2 bergelak ketawa dlm kehidupan dan isteri sentiasa menguntum senyuman juga satu kesyukuran.Bukan satu Malaysia...!! Udara yang kita hirup nie juga satu pemberian y patut kita syukuri.Taak payahlah kita pandang y besar2 lagi.... Cukup kita bersyukur dan berusaha dgn apa y diperintah.Selainnya kita serah pada tuhan jew.Tak payah nak kalut sangatlah.
Rasulullah S.A.W. bersabda y bermaksud : "Orang mukmin y kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi drpd orang mukmin y lemah.sedangkan setiap seseorang itu mempunyai kebaikannya(Imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa y memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata : "Kalaulah aQ lakukan itu ini,tentulah akan terjadi begitu dan begini," tetapi katakanlah "Allah telah takdirkan,dan apa y dikehendaki oleh kebijaksana-Nya ia lakukan." Kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan."   - Riwayat Muslim

Tuesday, 15 October 2013

Memilih Formasi Futsal

Futsal adalah permainan yang memerlukan kreatifiti dan kerjasama para pemainnya. Agar pasukan kita mendapatkan hasil maksima atau kemenangan Strategi sebelum pertandingan sangatlah penting kerana ianya mencipta sebuah komunikasi pada saat menyerang mahupun bertahan.
Dibawah ini antara Formasi Pola Bertahan dan Penyerangan yang bisa diterapkan pada pasukan anda:

Pola 2-2
Pola Permainan futsal 2-2 iaitu dua pemain akan menjadi pemain yang berfungsi sebagai pemain bertahan dan dua pemain sebagai penyerang.Pola ini dapat berfungsi sebagai pola bertahan dan menyerang dengan asumís 2 lawan 2. Pola dasar pergerakan formasi ini adalah 2 pemain di belakan dan 2 pemain di depan walaupun arah bola selalu berubah-ubah.

Pola 3-1
Pola permainan futsal 3-1 dapat dikatakan semi bertahan,dengan 3 pemain sejajar di belakang garis tengah dan 1 pemain serang sebagai target.Ketika menyerang,pola ini dapat berubah menjadi pola 1-1-2 atau 1-2-1.Pola ini berfungsi untuk mengosongkan lapangan sebelah kanan atau kiri bahagian belakang daerah lawan sebagai tempat penyerangan awal.

Pola 1-3
Pola permainan futsal 1-3 dapat dikatakan semi menyerang,dengan 1 pemain sebagai kunci di belakang garis tengah dan 3 pemain serang sebagai target. Saat bertahan, pola ini dapat berubah menjadi pola 1-2-1. Fungsi Pola ini untuk mengosongkan lapangan sébelah kiri atau kanan bahagian depan daerah lawan sebagai awal penyerangan.

Pola 4-0
Pola permainan futsal 4-0 dapat dikatakan sebagai bertahan total,dengan 4 formasi pemain berada di belakang garis tengah (daerah sendiri). Saat menyerang, pola ini dapat berubah menjadi pola 1-2-1, 1-1-2 dan 3-1.

Pola 0-4
Pola permainan futsal 0-4 dapat dikatakan sebagai penyerangan total, dengan 4 formasi pemain berada di depan garis tengah (daerah lawan). Saat harus melakukan pertahanan, perubahan pola dari 0-4 sangat sulit dilakukan. Namun saat menyerang, pola 0-4 dapat berubah-ubah menjadi pola 1-2-1, 1-1-2 dan 3-1.

Pola 1-2-1
Pola permainan futsal 1-2-1 disamping berfungsi sebagai jambatan pola lain untuk menyerang, pola ini juga baik untuk pola bertahan. Pola 1-2-1 berfungsi untuk menguasai blok tengah saat bola dipintas oleh lawan di depan daerah penalti. Fungsi bertahan dengan pola ini adalah sebagai penghambat penyerangan lawan.

Pola 1-1-2
Pola Permainan futsal 1-1-2 adalah pola murni saat menyerang dengan serangan balik. Pola ini berfungsi sebagai pola serangan balik yang sangat efektif dan efisien. Pemain satu dibelakang sebagai kunci penyerangan, pemain 1 ditengah sebagai target simpul, dua pemain depan kanan kiri berfungsi sebagai pemain sayap serang (tombak kembar).

Pola 2-1-1
Pola permainan futsal 2-1-1, berfungsi sebagai pola menyerang dari perubahan pola 3-1. Pola ini dilakukan di daerah lawan dengan fungsi pola bertahan masih dominan. Pola 2-1-1 ini mengandalkan penyerang sebagai target.

Apa-apa formasi sekalipun,yang menjadikan pasukan anda adalah baik adalh sikap kerjasama dalam menjaga posisi.Saling membantu menjaga formasi.Itu yang penting

Saturday, 8 June 2013

Kerana Sayur !!!

Suatu hari, di klinik yg terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dbawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari mnderita sakit perut..Sudah bermacam ubat sakit perut yg dberikan kepada anak itu, namun demam tak smebuh.

Lepastu, ibu bapa anak tersebut di tanya oleh Doktor "makanan apa yg budak tu makan oleh anak tersebut selama 2 hari ini? " Ibu bapa budak anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya demam, anak tersebut tak nak makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit birit, malam tersebut anak itu makan Kangkung Tumis di restoran brsama ibu bapanya. Doktor segera melakukan X-RAY, ternyata dlm usus anak tu telah berkembang biak lintah dgn anaknya yg kecil2.

Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan pembedahan apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun meninggal dunia.

Setelah diperiksa berulang kali, ternyata lintah itu sebelumnya berada didalam batang kangkung yg besar. Memang, utk penggemar kangkung tumis yg paling enak ialah batangnya.

Lintah yg brada di dalam batang kangkung itu tidk akan mati walau dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yg sedap. Lintah hanya akan mati jika di bakar.

Didlm usus budak kecil tadi, lintah hanya perlu masa 1 - 2 hari untuk berkembang biak. Jika ada kluarga/rakan2 yg mengalami hal tersebut , lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau(bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan kluar dan dlm keadaan mati.

Sebarkan kepada rakan, sahabat, keluarga, atau siapapun yg anda kenal menekan SHARE..
SHARE kepada semua , biar semua tahu ...


Wednesday, 6 February 2013

Makna A Hingga Z Di Dalam English

A : Accept
Terimalah Diri Anda sebagaimana adanya.

B : Believe
Percayalah terhadap Kemampuan Anda untuk meraih apa yang Anda inginkan dalam Hidup.

C : Care
Pedulilah pada Kemampuan Anda meraih apa yang Anda inginkan dalam Hidup.

D : Direct
Arahkan fikiran pada hal-hal Positif yang meningkatkan Kepercayaan Diri.

E : Earn
Terimalah Penghargaan yang diberi orang lain dengan tetap berusaha menjadi yang Terbaik.

F : Face
Hadapi masalah dengan Benar dan Yakin.

G : Go
Berangkatlah dari Kebenaran.

H : Homework
Pekerjaan Rumah adalah langkah penting untuk Pengumpulan Maklumat.

I : Ignore
Abaikan celaan orang yang menghalangi jalan Anda mencapai Tujuan.

J : Jealous
Rasa Iri hati dapat membuat Anda tidak menghargai kelebihan Anda sendiri,
Jadi hindarilah.

K : Keep
Terus Berusaha walaupun beberapa kali Gagal.

L : Learn
Belajar dari Kesalahan dan Berusaha untuk tidak mengulanginya.

M : Mind
Perhatikan Urusan sendiri dan Tidak menyebar Gosip tentang orang lain.

N : Never
Jangan pernah Putus Asa.

O : Observe
Amatilah segala hal di sekeliling Anda. Perhatikan, Dengarkan, dan Belajar dari Orang lain.

P : Patience
Sabar adalah Kekuatan tak ternilai yang membuat Anda terus Berusaha.

Q : Question
Pertanyaan perlu untuk mencari Jawapan yang Benar dan menambah Ilmu.

R : Respect
Hargai Diri sendiri dan juga Orang lain.

S : Self Confidence, Self Esteem, Self Respect
Percaya diri, Harga diri, Citra diri, Penghormatan diri membebaskan kita dari saat-saat tegang.

T : Take
Bertanggung jawab pada setiap Tindakan Anda.

U : Understand
Fahami bahwa Hidup itu selalu ada Potensi untuk naik

V : Value
Nilai Diri sendiri dan orang lain, Berusahalah melakukan yang Terbaik.

W : Work
Bekerja dengan Giat, Jangan lupa Berdoa.

X : X'tra
Usaha lebih Keras membawa Keberhasilan.

Y : You
Anda dapat membuat suatu yang berbeza.

Z : Zero
Selalu Ingat, Usaha kosong membawa hasil kosong pula.

Kebakaran Di Asrama B Maahad Darul Quran,Rusila

Assalamualaikum, 
Harakahdaily, 05 Feb 2013 
MARANG: Seramai 80 pelajar Maahad Darul Quran (MDQ) dekat Rusila tinggal sehelai sepinggan hari ini apabila asrama mereka hangus terbakar.
(Api yang marak memusnahkan sama sekali salah sebuah asrama pelajar MDQ)Kebakaran itu memusnahkan sama sekali bangunan asrama dua tingkat yang diperbuat dari kayu itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang tinggal berhampiran turut serta berusaha memadamkan api itu bersama bomba dan orang ramai berjaya menyelamatkan dua lagi bangunan bersebelahan.
Menurut salah seorang tenaga pengajarnya, Ustaz Wan Sukairi, MDQ mempunyai kira-kira 1,000 pelajar.
Kebakaran ini memusnah satu dari tiga bangunan asramanya.
Kepada sesiapa yang mahu memberikan sumbangan bolehlah menyumbang terus ke akaun Bank Muamalat: 13010004244716 (Unit Pembangunan MDQ) atau Bank Islam Malaysia: 13017010080345 (Dana MDQ).

p/s - Di sini lahirnya ramai para pendakwah dan amilin , bukan sekadar dalam negara bahkan di luar negara ..
Terima Kasih.



Gambar menunjukkan tagedi kebakaran di Maahad Darul Quran, Rusila pagi tadi.Sama2 kita doakan keselamatan para pelajar dan mudah2an, semua tabah menghadapi ujian Allah ini.

Thursday, 24 January 2013

Iridescent(Linkin Park)


When you were standing in the wake of devastation
when you were waiting on the edge of the unknown
with the cataclysm raining down, insides crying save me now
you were there and possibly alone.

Do you feel cold and lost in desperation
you build up all the failiures all you've known
remember all the sadness and frustration
and let it go, let it go.

And in the burst of light that blinded every angel
as if the sky had blown the heavens into stars
you felt the gravity of temper grace falling into empty space
no one there to catch you in there arms


Do you feel cold and lost in desperation
you build up all the failiures all you've known
remember all the sadness and frustration
and let it go, let it go.


let it go
let it go
let it go
let it go

Do you feel cold and lost in desperation

you build up all the failiures all you've known
remember all the sadness and frustration
and let it go, let it go.

Cerita Hantu kat Hostel....

Korang mesti tak pernah dengar cerita hantu dari Russia kan.. Entah la.. aku bukan tak nak cerita, masalahnya aku tak nak ambil tahu pun. Yelah. Dulu kat bilik lama aku selalu duduk kat dalam bilik sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal je.. Apa-apa pun ni cerita yang dialami sendiri oleh kawan aku. Budak Malaysia gak.

Kawan aku ni dia ada awek kat Malaysia. Jadi ada kalanya mestilah nak Skype dan berwebcam bagai untuk melepaskan rindu. Biasalah tu kan, long distance relationship macam tu la. Tak tau dah berapa lama diorang couple, tapi aku rasa maklumat tu takde kaitan la dengan cerita hantu ni.
Dia ni selalu bangun awal pagi untuk chatting dengan awek dia. Tak pasti awal macam mana, sebab aku tak sempat lagi interview mangsa. Cuma dengar cerita ni daripada mulut ke mulut je. Diceritakan satu hari tu dia bangun awal macam biasa untuk chatting dengan kekasih hati dia. Kawan-kawan sebilik semua dah tidur. Maka duduklah dia seperti biasa kat meja, chatting sambil buka webcam.

Hari tu sejuk dia lain sikit. Tinggal kat hostel ni, kalau duduk kat floor yang lagi tinggi, kesejukan tu makin kurang terasa. Tak taulah kenapa malam tu sejuk dia memang lain macam sikit walaupun bilik dia kat tingkat 15. Rasa macam ada angin tiup je.. perlahan. Dingin. Kadang-kadang kalau angin kuat sikit rasa macam ada orang je tiup kat tepi tengkuk. ishh.. Tapi kawan aku ni relax je. Dah bermalam-malam kot dia online waktu-waktu ni, jadi benda macam ni dah boleh kata biasa pada dia bak kata orang dah jadi alah bisa tegal biasa. Untuk menghilangkan sikit kesejukan malam, dia bancuh Nescafe 3-in-1. Waktu sejuk ni memang best dapat minum air panas.

Lepas bancuh Nescafe, dia terpandang kat tingkap. Tingkap takde langsir jadi memang boleh nampak hutan belakang yang besar dan paya. Belakang hostel ni ada paya, tapi air dia kotor sangat. Kalau tengok dalam Google maps pun boleh nampak paya tu. Bila datang musim sejuk paya tu beku, tapi awal-awal ni belum beku sepenuhnya. Bahaya kalau main-main atas paya yang tak cukup beku ni.. Malam tu bulan mengambang penuh. Jadi memang terang semacam je hutan belakang tu. Baru kawan aku perasan tingkap tu tak tutup rapat. Patut la sejuk je..
Dia duduk menghadap laptop Acer tu balik. Webcam terbuka dari tadi. Jadi si awek nampak la apa yang berlaku kat sini. Mereka sambung chatting. Lampu ditutup, barulah ada feel sikit kan. Tengah chatting sekali si awek bukak baju tanya:
“Eh kawan you pun tak tidur lagi eh?”
“Mana ada, semua dah tidur la..”
“Tapi ada je I nampak orang lalu lalang belakang you”
“….”

Bila ditanya balik, sepanjang mereka chatting sebelum tu memang si awek nampak kelibat orang belakang kawan aku tu. Tapi tak nampak siapa sebab gelap kan. Ingatkan kawan sebilik yang tak tidur lagi padahal dah lama diorang tidur. ish..
Ingat ye, ni kisah benar first hand daripada orang yang kena. Pada aku, memang seram la sebab dalam hostel ni je. Pada korang, mungkin tak.