"Tapak kaki apa nie..? Wonderpets kot..?" Suluh Sufian Musa.
"Ko nie bengap kew ? Gini besor punya tapak kaki cam pintu Mesra Mall, konfem tapak kaki bigfoot nie.." Balas Sengau. "Aaa...kaki...kaki bigfoot..!!? " Sampuk Sufian Musa y terkejut lalu terbuang air besar sambil melompat kijang. Sengau pulak terkencing lalu keluar anak-anak lipas. Inkuiri penemuan itu menjadikan Kampung Babun Terlajak tiba-tiba saja gempar.
Sejak virus gossip Bigfoot berkeliaran pada waktu malam,ramai y tidak berani mengeluarkan diri dari rumah.Jangankan Maghrib selepas zohor suasana kampung menjadi sunyi.Andainya ada setengah helai bulu ketiak sesiapa jatuh ke lantai pasti sekampung dapat mendengarnya.Implikasi kemunculannya memaksa segelintir penduduk mengikat peti ais di atas pintu rumah sebagai penambahbaikan keselamatan.Khabarnya Bigfoot amat takut dengan tangkal peti ais...
Setiap hari heboh diperkatakan mengenai entiti berkenaan.Antara mereka y pernah terserempak adalah Milah Kuali. "Bini aQ tu suka sidai baju waktu malam. Masa tengah sidai,dia terdengar bunyi orang seret tapak kaki.Bila dia berpaling terus nampak hamjadah tue.. Apa lagi bini aQ terus koma 91 hari. Bila sedar terus terencat akal. Hari2 asyik nk sidai baju dalm kuali...!! Digorengnya baju buat sambal tumis..." Luah Mahmud Semput,suami ke-78 Milah Kuali.Walapun banyak spekulasi negatif diperkatakan mengenainya tetapi ada juga y positif.Kehadiran Bigfoot menjana semula amlam rukun tetangga dan rondaan malam.
Cerita2 mengenai Bigfoot begitu traumatik bg komuniti Kampung Babun Terlajak tetapi tidak bg Cuka,seorang pemuda 3 suku separuh masa.
"Ha..Ha..Ha..!! Apalah dengan Bigfoot pun nk takut.aQ kalu aQ jumpa dia,aQ nak ajak dia main bowling kat Sunway Piramid." Pekik Cuka. "Kau berani lah cakap pasal x jumpa.Kalu terjumpa,mau terkencing ikut mulut." Balas Pak Mustar.pemilik Warung Sup Kaki Gajah..
"Cuka..dah pukul 10.00 malam nie,aQ nak tutup kedai awal sikit.Malam nie turn aQ meronda,Kalu nak join meh la.." Ajak Pak Mustar. "Boleh gak.Mana tahu kalau2 kita dapat tangkap menatang tu.seminggu makan paprik Bigfoot.." Seloroh Cuka.
Malam kian suram.Penat meronda,Pak Mustar,Cuka dan tiga orang anak buahnya berhenti di pondok bas sambil mematikan lampu suluh masing2. "Pak Mustar,aQ ade teka-teki.Antara tapak kaki Bigfoot dengan litar F1 Sepang yang mana lagi besar ?" Tanya Cuka. "Hish..susahnya teka-teki nie...jawapannya...jawapannya... tu..tu..tu tengok tu..." Pak Mustar menjuihkan mulutnya.Sesusuk tubuh besar melintas ke arah rumah sewa Din Sardin.
"Cepat kejar!! Kejar!! " Jerit Pak Mustar.Merka segera meluru mengejarnya.Bigfoot tersebut semakin laju terenjut-enjut berjalan dalam samar nan gelap.Cuka akhirnya berjata memaut Bigfoot itu dari belakang. "Woi..!! Apa nie main tangkap-tangkap nie.." Jerit Bigfoot itu."Kau nie orang Bigfoot kew,Orang bigshoes??" Sergah Cuka. "Korang nie dah salah sangka.aQ nie kerje badut fubfair kat pekan. So pakailah kasut badut besar giler nie..." Jelasnya lagi.
"ooo..Kau nie lah y menyewa rumah Din Sardin nie.Lain kali,balik kerje tu tukar la kasut.Nasib baik x kena setongkol tadi.!!" Nasihat Pak Mustar lantas mengarahkan Cuka dan anak buahnya balh dari situ...
![]() |
Gambaran Bigfoot |