Friday, 21 February 2014

Kenapa Perlu Baca Al-Quran..?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya.Setiap pagi si datuk akan membaca Al-quran di ruang dapur.si cucu yang melihat juga meniru perbuatan datuknya itu.Satu hari si cucu bertanya kepada datuknya,"Atuk,saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya.Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran.Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?".Si datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya."Nah,kau pergi sungai,bawak air dalam bakul ni..."Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang.Apabila pulang,tiada lagi air yang tinggal."Kau lambat sangat.cuba lari laju-laju sikit,"Kata si datuk.Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya,tiada juga air yang tinggal."Tak bolehlah atuk,"Kata si cucu."Cuba sekali lagi...."Kali ini datuknya melihat dari pintu.Si cucu pun,cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya."Nampak tak atuk?Tak boleh.Tak ada gunanya,"bentak si cucu,kecewa.Si datuk pun berkata,"Jadi kau rasa tak bergunalah?Cuba kau tengok bakul tu."Seperti baru tersedar.si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi,kini sudah bersih.Terus si datuk menyambung,"Macam itulah dengan membaca Al-Quran,walaupun tidak memahami maksudnya,tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya.Itu semua dengan kehendak Allah.Kerja Allah"

MUHASABAH: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya....kerana ia kalam Allah yang boleh membersihkan hati kita.Wallahua'lam.