Thursday, 9 April 2015

SIAPAKAH BAKAL PENGHUNI SYURGA DAN NERAKA?



عن حارثة بن وهْبٍ رضي الله عنه قَالَ: سمعت رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ: ((ألا أُخْبِرُكُمْ بِأهْلِ الجَنَّةِ؟ كُلُّ ضَعِيف مُتَضَعَّف، لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللهِ لأَبَرَّهُ، أَلا أُخْبِرُكُمْ بِأهْلِ النَّارِ؟ كُلُّ عُتُلٍّ جَوّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.

TERJEMAHAN
Dari Harithah bin Wahab رضي الله عنه melaporkan: aku mendengar RasululLah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Inginkah aku memberitahu kamu tentang (bakal) ahli-ahli syurga? Iaitu orang-orang yang lemah dan dipandang rendah (oleh manusia), kalau dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah maqbulkan sumpahnya. Inginkah aku memberitahu kamu tentang ahli neraka? Iaitu setiap orang yang keras hati, angkuh dan sombong." (Mafhum HR Al Bukhari dan Muslim)

* PENGAJARAN *

1. Gambaran sifat-sifat bakal penghuni syurga dan neraka sudah dapat dikenal semasa di dunia lagi,

2. Umat Islam yang mendapat kemenangan di Akhirat kebanyakkannya adalah golongan yang lemah dan dipandang hina oleh manusia di dunia. Tetapi amat sedikit mereka terdiri daripada golongan kaya dan hidup mewah,
3. Umat Islam di larang bersifat keras hati, angkuh dan sombong kerana ianya adalah di antara sifat tercela. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah saling hormat menghormati sesama manusia.