Beliau bertanya, apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maksiat ?
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham: "Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :
1. Jangan kamu makan rezeki Allah Taala kerana x layak orang y makan rezeki Allah Talla derhaka kepada-Nya.
2. Jangan kamu tinggal di muka bumi Allah Taala ini kerana x layak orang y tinggal di muka buni Allah Taala ini melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
3. Buatlah maksiat ditempat y kamu jamin sejaminya yang Allah Taala x akan melihat kamu.
4. Sekiranya malaikat maut datang hemdak mencabut nyawamu,maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya engkau sempat bertaubat.Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut dipersilakan untuk melakukan maksiat sepuas hati mu.
5. Sekiranya malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka,maka katakan kepadanya bahawa kamu x akan mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian maka dipersilakanlah untukmu melakukan maksiat."
Renungkanlah kisah ini sebagai pengajaran...!!!