Sebilah lidah itu,
Langirkanlah dengan kata-kata kebenaran,
kerana bisanya dapat memencung kesangsian,
Tajamkan ianya dengan zikir kebesaran Tuhan,
Agar bicara tidak mengundang keraguan.
Sebilah lidah itu,
Janagn kau asah dengan kepalsuan,
Lembut namun bisanya mampu membawa kehancuran,
menjelirkan api persengketaan,
Berhati-hatilah dengan sebilah lidah itu,
Senjata yang selalu memakan tuan...
No comments:
Post a Comment